Jadikan Aku 'Tauke'


Assalamualaikum.

Persembahan, perkhemahan, bengkel, melancong, lawatan sambil belajar, gotong-royong
Antara sebab-sebab inilah cikputri suka sangat bekerja di bawah umi. means jadi cikgu di
sekolah ibu sendiri lah. Boleh deko-deko sendiri aktiviti sekolah, alhamdulillah dengan bantuan
staf-staf umi. Sebab tu cikputri yang comel ni busy memanjang tak sempat buka blog. oke tipu
tak sempat, sebenarnya sempat, tapi nak draf entri tu memang tak sempat. Apatah lagi nak
blogwalking. Ohh maafkan beta kerana tidak mampu melakukan sedemikian. :"(

09 Oktober 2014 dulu, sekolah ada buat Hari Pendaftaran Terbuka untuk Taska, Tadika dan
Sekolah Agama Rakyat. swasta oke. Jadi, untuk memeriahkan suasana dan sebagai tarikan
untuk orang ramai datang ke meja pendaftran kami, pelajar2 dari tadika dan sekolah agama 
buat persembahan. menarik kan. 

Tambah menarik lagi, kitorang buat jualan dan juga Photobooth Corner. Haa..., best kan. 
Bawah ni gambar-gambar yang sempat snap masa program tu, cp juga ada sertakan video
persembahan diorang. Tengok jangan tak tengok..., walaupun tak gempak kan, tapi rugi
korang tak tengok...hihihi.












sebahagian persembahan program tersebut.

Video ni cp dah share pada entri lepas. Actually masa 
nilah show tu di buat.

~ Sekian ~


Wishlist 2015


Assalamualaikum pembuka bicara,
Yang sedang membaca ni comel tak terkira...oyeahh!!!

Hai semua. semoga anda semua sihat-sihat saja hendaknya.

Kali ini nak cerita 'berkenaan' perancangan saya tahun hadapan.  Berdasarkan Kamus Dewan 
Bahasa dan Pustaka....bla, bla, bla, bla. Ingat ni perbahasan syarahan ke apa. Huhu. Setahu dan 
semaklum saya semua pembaca ni amat jelas dengan definisi perancangan bukan. Oohh God,
kenapa ayat skema sangat ni. Ada pertandinga menulis karangan ke apa...huhu

So, tahun depan 2015 korang nak buat apa. Soalan ni saya lebih tujukan kepada penanam anggur 
macam saya. Tapi saya ada hasil juga lah sebab jadi cikgu tadika part time di sekolah Umi sendiri.
Hihihi. Kiranya wishlist 2015 la kan...

Tahun depan, cp mahu :-

1.       Ambil lesen kereta (D) 
2.       Ambil kursus yang sesuai untuk jadi Cikgu Tadika
3.       Nak jadi Cikgu Tadika bertauliah
4.       Nak buat PJJ (kos apa rahsia),
5.       Nak buat simpanan (untuk kahwin la katakan, kalau ada yg nak)
6.       Nak buka bisnes sendiri (bisnes apa rahsia lagi, hehe), dan
7.       Nak stabilkan ekonomi sendiri

Tak cukup setahun rasanya nak buat semua ni. Mudah-mudahan semua dipermudahkan dari 
1 hingga 7 tu kan. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang tentukan.



Liebster Award Dari Anamyhusna


ASSALAMUALAIKUM.
Haa, ni nak jawab soalan Liebster Award dari Cik AnaMyHusna  . Lama dah beliau tag,
1 November lalu. Baru hari ni dapat bagi jawapan. sobs, sobs, sobs...sori sebab lambat. hee.
Oke, ni jawapannya.  So korang sambil2 dapat lah tahu sikit kan pasal diri cik comel nih...
kuang3x...

1. Radio apa yang korang suka dengar?
    Suka dengar radio Era fm. ada Johan situ...hehe

2. Channel apa kat Tv korang suka tengok?

    Channel apa ya. semua channel suka...sebab layan je semua.

3. Drama melayu apa yang korang suka tengok? Kenapa?
    Sebenarnya saya isteri dia. sebab ada izzue islam, lgpun dia kat situ nampak hensem lebih.
    Setia hujung nyawa. sebab masa ni tengok Ammar hensem sangat. 
    Vanilla & Coklat. sebab Aiman hensem jugak kott. haha
    tu je la kot setakat ni, sebab tak penah miss tengok, siap download lg tengok banyak kali.
    semua sebab pasal hensem je...muehehehe 

4. Pandai main alat muzik? Jelaskan. (Kbat nih.. haha..)
    Pandai...emm, kompang je kot. eh, alat muzik jugak ke tu?. Masa kat sekolah dulu masuk 
    kelab performing art, cikgu tengok tangan boleh main kompang je, haha. lepastu sampailah
    ke tingkatan 5 jadi pemain kompang aje. 
    Pandai main piano jugak tau, tapi lagu twinkle twinkle little star je la...haha.

5. Hobi korang apa?
    Kalau bagitau jangan gelak tau. Membaca, memasak dan kumpul setem. kuno kann...haha

6. Favourite colour, shape n number?
    Fav Colour : Pink, purple & light blue
    Fav shape : heart shape 
    Fav number : 313 (smart kan...hihi)

7. Suka baca novel? What type of novel?
    suka sangat!! hobi pun membaca kan...suka yang romantik, komedi, thriller dan fantasi. 
    tak suka baca novel inggeris. lambat nak paham...haha.(ckp jela tak paham BI kan)
    lagi satu tak suka novel yang berjela2, lambat sangat. ataupun novel 'orang tua'. means
    pasal orang yang 'dah kawin'. haa...paham2 jela.

8. Suka shopping? Kenapa?
    Suka sangat. tak tahu kenapa...penat dah fikir

9. Laman sosial apa korang paling aktif? Twitter, Insta, Facebook, Ask.fm?
    Emmm,.aktif ke haa. tak aktif pun, jarang-jarang je...tapi yg no 1 aktif sikit tu fb laa.

10. Subjek apa korang suka? Kenapa?
      Sains. sebab suka benda2 sains

11. Kalau shopping, usually korang beli apa? (Permintaan bukan keperluan) ^^
      Baju atau tudung. memenuhkan almari...hee


*11 je soalan, tapi penat juga memikir. hehe. TQ ye AnaMyHusna. Jom-jom tembak bertubi2 blog dia. hehe. ~ AnaMyHusna ~ AnaMyHusna ~ AnaMyHusna ~



Sibuk sangat keee


Rasa nya agak lama juga cik putri ayu yang comey ni tak up entri. ye dop? 
ehehehe...rasa macam nak mengada lelebih je entri kali ini. Oke sebab lama tak blogging kan, 
lama tak main2 dengan keyboard ni. ooohh rinduuu nak komen entri-entri yang hebat mantap 
dari blogger lain ni. 

Alhamdulillah pada saat ini kita masih hidup dan bernyawa untuk teruskan perjuangan kita kan. 
Holiday ni korang buat apa haa... cuti ke keja. yang bercuti tu of kos cikgu2 macam sya sekarang ni kan. 
Hihi...tapi saya tak bercuti pon. Cari pendapatan sampingan sekarang ni, buat tuisyen membaca 
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tak cuti pun tapi alhamdulillah tak lah se'busy masa sekolah 
dulu. 

Kalau Cikgu Tadika waktu bila korang rasa sibuk sangat. Maksud cikputri musim peperiksaan ke? 
musim pendaftran pelajar ke? ke musim konvokesyen ? Tentu lah musim konvokesyen, kalau cp la. 
Sebab masa tulah nak urus semua sijil budak2, nak tutup fail pelajar, pastikan budak2 yang nak 
konvo ni pass 3M. yelah kalau tak lepas, nama kita ni haa yang disebut2. 

Oke, tu aje lah nak cakap. membebel berjela-jela pun penat je tangan menaip...kihkihkih
Gambar bawah ni gambar2 semasa Hari Penyampaian Sijil Tamat Tadika sekolah saya...
selamat menonton...










Video ni adalah persembahan pelajar2 saya. hihi.
Di ambil sebelum konvo dulu. 
Sekian. ^_^


8 Gambar Pantai Best



Siapa suka pantai angkat tangan. O yeahhh ! kita sama. Rasa tenang, damai, riang, ria, dan sejahtera...
kan? Oke, gambar pantai yang cp kongsikan di bawah ini adalah pantai di Rang Bulan, Kg. Kulambai, 
Kota Belud, Sabah. 

Nak pergi, kena datang sini lah. Pantai kat sini memang bersih, sebab ada orang jaga.
Ada chalet kalau nak bermalam. Keselamatan tak payah risau resah gelisah sebab kat sini ada orang 
jaga. Oke ayat dah macam creepy je kan. Kat sini perkampungan, so ramai orang akan selamatkan 
korang, jerit aje pasti berbondong orang datang selamatkan. hihi. Oke dah...jom tengok.










Nak rasa angin yang kuat, bunyi ombak yang jelas, boleh la pegi sini. kat sini angin kuat giler, 
bunyi ombak pun dduk 100 meter masih kedengaran seperti duduk 10 meter dari pantai. 
haha, ade ke pantai yang tak kuat bunyi dan angin.... ~_~


Makan Amal Hotel Perkasa Kundasang

Bismillah...

Hai semua. Aku taip entri kali ini guna fon ZTE je. So, super excited sikit lah nak naipnyee. Kalau ada ke'typo'an tu, maafkan hamba ye henfon hamba kecik je, tak nampak sangat.hee... Masa ni tengah lipat baju sebenar nye. Tapi nak luangkan masa jugak update story semalam aku pegi makan amal kat Hotel Perkasa. Untuk student sebenarnye, aku pengiring je. Heheh...

Long Tee Cik Miela yang Cun !


Assalamualaikum. hai semua. Lama tak menaip, lama tak lempar segala idea dekat sini,and lama tak tarik korang semua untuk singgah sini, sambil berbalas-balas kunjungan. kan3? hehehe

So kali ini aku nak share hadiah give away yang aku dapat last month. haha. last month kau.  aku nak share jugak sebab hadiah die best kutt!!! Saja lah nak bagi korang jeles. hihi.



Comel kan. aku dapat menang hadiah random giveaway by Cik Miela sempena pembukaan shop dia. korang bolehlah singgah kedai dia di sini Ladya Shops dan wajib korang LIKE so, senang nak tahu update terbaru baju dekat shop ni. Dan yang cun tu, almost baju dia semuanya lengan panjang!!! 

Sengaja aku upload dua gambar tu. In case la korang tak percaya kan aku dapat baju Sporty Cat Long Tee ni kan, so yang belah bawah tu lah baju nye. Dah renyuk sikit sebab baru basuh. :D Terima kasih Cik Miela ! Saya suka sangat baju ni. Sejuk dan lembut :D

* TERIMA KASIH Cik Miela *


Aku Kembali



Eeee...penuhnyaa sawang ! dah macam rumah bertahun2  ditinggalkan...
Tu sebenar nya feeling aku masa sign ini blog hari ni. Ya Allah, kemain lama aku tinggalkan blog ni. Rasa macam, 'eh malu pulak aku nak blogging semula, lama tak muncul, tak blogwalking, tak menyemak dekat cbox orang lain'. Macam nak delete je blog, macam nak stop blogging je..... Tapi aku, tetap nak teruskan, sebab Alhamdulillah viewer aku tetap ada walau tuannya tak kunjung tiba. *ececeehhh


Banyak cerita aku nak kongsi, kalau sempat aku publish terus, tak pun masuk dalam draft dan publish bila aku ada masa lagi. by the way, terima kasih tak terhingga semua. kedudukan graf tu dah cukup buat aku happy malam. Dek kerana kesibukan melanda, walaupun cikgu cuti seminggu hari tu, aku tetap tak dapat luang masa. Jadi babysitter oke. huhu. Happy blogwalking guys !

Aku Nak Cuti


Assalamualaikum. selamat sejahtera.
Nak letak selamat malam, tapi ada orang cakap selamat untuk malam je ke?
pagi petang tak selamat? Uhuk, uhkk...betul jugak. so lebih sesuai selamat sejahtera la yerkk...

Tak sempat nak berblogwalking malam ni. walaupun malam ahad. rasa penat tak hilang lagi.
Dua hari cuti ni sudah hilang maknanya. cp tak bercuti pon sabtu dengan ahad ni.
Baru petang tadi selesai nya majlis  Hari Keluarga. iaitu tempat cp kerja.
Jadi emcee tak bertauliah kejap-kejap. pastu dok terkejar sana, terkejar sini urus anak-anak murid.
Pastu kejap-kejap dok lari topup makanan mana yang habis. ekceli makanan tak habis pun,
tapi sudu-sudu, gelas-gelas tu yang cepat ngat habis. hehehh~bajet masak banyak. haha

Oke la tu je .bai.



Giveaway Harry Potter Postcards from Germany


Bismillah
Assalamualaikum. Oh my, tersenyum tersengih je buat entri ni.
Baca sekali lagi tajuk tuh, GA poskad Abang Harry Potter yang hensem meletop
lagi cair melelehh...haha. Terok bebenor hiperbola nye.

Cp ni minat amatlah dengan abang hensem ni.
Semua movie Harry Potter ni ade dalam collection cp tau.
Nak-nak lagi dapat poskad Harry Potter, tambah pula
setem German, tak ko meroyan! 
Haa, nilah contoh poskad die tu.
Memang ohsem lah Kak aisya. Ajak kita yang memang minat 
Harry Potter, pastu pulak hobi kite mang suka kumpul setem. mana taknyaa!!!
Memang meroyan la cp lau tak dapat hadiah double ni.haha
Kak Aisya, kalau cp dapat lah poskad ni, memang hug akak la. hoho

Klik Banner Bawah Untuk Join


Marilah berhari Raya


Mana gambar Raya ni ? tak share ke? haihh..dekat insta pon takdok. sekali la promote kan. silalah follow saya @cikputri_ayu. haha. Jom kita tengok gambar-gambar ni. pilih punya pilih, mak aihhhh banyak nya. Nanti nak buat Part 2 pulak. haha. All of these pictures was on 1st Raya, at Kundasang Ranau.

Inilah keluarga aku. Aku yg berdiri hujung sekali belah kanan. X cantik pon. betol. haha.
yg tengah2 baju merah tu nenek aku belah Umi.
Selain dari muka2 ni semuanya pakcik2 dan sepupu2 aku. oke.


perasan princess sorang ni. :P (jangan marah haa dik, caption je)




tangan aku tak boleh tahan dok sebok dgn kamera walaupon org duk tazkirah sebelum mula sesi bermaaf2an. hoho

Akhirnya keluar dah senjata aka monopod tu haa. tak henti2 snap daaahhh


Ni makcik dan pakcik aku.

This one, aku suka gambar ni sebab ni lah gambar 1st aku snap with my Ibu susuan pass 5kali kenyang oke.

keluarga belah Umi aku sporting semua. nampak kamera senyum je.


Ni boleh kata muka x malu la. beraya rumah orang, tapi monopod x mo kalah jugak. aku x paham lah. haha

Terima kasih amek gambar aku tengah comel2 nih. bhahahaa. jgn la menyampah, ade banyak lagi nihhh. hikhok.

beratus-ratus gambar kitorang snap kat Kundasang, tempat ni memang cantik bila dah snap.
background tuu..cantik sangat.






tak tahu nak letak caption apa...muka dah herot2 tu penat begambo la tuu


Alamak, very sorry Uncle Hains Jasli malas nak tukar pic yg uncle tak pejam mata.hoho.
 boleh kata ni retis Sabah la dik. orang sabah kalau tak kenal aku tampaq. 


*Sekian untuk gambar raya kali ni*
kalau nak kita bagi part 2 pulak. heheh.